Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2011

Jangan Politikkan ATM

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

ZULKIFELI Mohd. Zin memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mac - Semua pihak diingatkan agar tidak mengheret mana-mana cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik sempit demi kepentingan parti dan individu tertentu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, beliau sedar terdapat sesetengah pihak yang tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan peranan yang dimainkan oleh tentera dalam program melibatkan rakyat.

Namun katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana tentera hanya menyokong gagasan dan wawasan dibawa kerajaan yang memerintah sebagai salah satu tanggungjawab membentuk negara bangsa demi kesejahteraan bersama.

"Jika ada yang menuduh kami terlibat dengan politik, saya sangkal sama sekali. Perkara itu langsung tidak benar.

"Apabila terlibat dengan pembentukan itu (negara bangsa), mungkin ada yang tersalah tafsir atau sengaja memutar belit hanya kerana kami bantu kerajaan. Sebenarnya, kami menyokong gagasan dan wawasan kerajaan kerana ia berkaitan pembangunan negara bangsa," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Perutusan Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zulkefli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Beliau mengulas kecenderungan beberapa pihak sebelum ini yang cuba mengaitkan cabang-cabang ATM dengan dunia politik apabila mendedahkan maklumat serta informasi-informasi tidak tepat mengenai ketenteraan.

Berhubung pembelian peralatan ketenteraan yang sering dijadikan isu kononnya teramat mahal oleh pihak tertentu, Zulkifeli menegaskan, keperluan pertahanan negara dalam mendapatkan perkakasan serta sistem yang canggih pastinya memerlukan perbelanjaan tinggi.

"Seperti membeli insurans, sekiranya anda bayar lebih, tentu sekali anda mendapat polisi lebih baik. Jadi kita sedaya mungkin mendapatkan polisi yang baik untuk meningkatkan keupayaan serta kebolehan tentera negara ini," ujarnya.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai anak muda serta golongan wanita daripada pelbagai kaum menyertai tentera darat bagi sama-sama menjaga keamanan negara.

Menurutnya, pembabitan dalam tentera darat tidak semestinya menuntut seseorang itu menjadi anggota tetap malah ia turut boleh dilakukan dengan menyertai askar wataniah secara sukarela.

"Jika rasa kerjaya ini sesuai selepas menyertai wataniah, tiada masalah untuk mereka diserapkan menjadi anggota tetap. Saya memberi jaminan bahawa kerjaya sebagai anggota tentera darat adalah kerjaya yang baik," katanya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Jangan Politikkan ATM"

Catat Ulasan