SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar diiringi Mohamad Hasan bersalaman dengan orang ramai selepas selamat tiba di Stesen Keretapi Seremban, semalam.
----------------------------------------------------
SEREMBAN 27 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Negeri Sembilan dengan memandu sendiri tren Ekspres Rakyat yang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Pagar, Singapura ke Stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.
Rombongan baginda bersama pegawai istana bertolak dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Kluang pada pukul 9.15 pagi sebelum selamat tiba di Stesen Keretapi Seremban kira-kira pukul 2.24 petang.
Mengiringi baginda dalam perjalanan itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengurus Besar Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan.
Tren yang turut membawa 350 penumpang itu dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim hingga ke Stesen Kluang sebelum berehat seketika dan baginda memandu semula dari Stesen Segamat sehingga ke Stesen Keretapi Seremban.
Ini merupakan kali ketiga baginda memandu kereta api dengan gerabak penumpang selepas menerima lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada Julai tahun lalu.
Kali kedua baginda memandu kereta api ketika berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-223 di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.
Ketibaan baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan anggota Exco serta Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan.
Baginda kemudian turut meluangkan masa bersama dengan orang ramai yang berada di stesen kereta api berkenaan.
Esok, Sultan Ibrahim dijadualkan berangkat ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah dekat sini untuk menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DK) daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

0 ulasan: on "Sultan Johor pandu sendiri kereta api"
Catat Ulasan