Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 28 Februari 2011

Platun Harimau Memburu Komunis


ATAS semangat menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang pernah bertindak kejam kepada rakyat negara ini, novel berjudul Platun Harimau kini diangkat menjadi drama bersiri.

PLATUN Harimau, daripada novel diangkat ke drama bersiri.

Drama yang mengisahkan kegigihan perajurit Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan menggempur kubu-kubu kuat pengganas komunis dan menangkap tali barut yang membantu pengganas.

Berlatarkan operasi-operasi khas dan rahsia sekitar tahun 1980an, anggota Platun Harimau seramai 20 orang dipilih khas di kalangan perajurit Askar Melayu.


Mereka kemudiannya dilatih khas oleh komando bagi menyelinap ke dalam kem-kem komunis dengan amanat yang dipegang iaitu ‘membunuh atau terbunuh'.


Drama arahan pengarah pengalaman, Nurhalim Ismail itu akan mula ditayangkan pada 1 Mac ini sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat.


Menjanjikan kisah perang yang luar biasa, Platun Harimau membariskan ramai pelakon hebat antaranya Norman Hakim, Safura Ya'cob, Yatt, Zamarul Hisham, Zul Zuhaimi, Watie Elite, Zaidi Omar, Wendy Wong, Rosnah Mat Aris, Zarina Akademi Fantasia dan Afzan Anak Wayang.


Drama 15 episod itu menjalani penggambaran di Kem Tapah, Pusat Latihan Peperangan Khas (kem latihan komando), Markas Taktikal Kem Banding, Markas Taktikal Kem Gubir, Kem Klian Intan, Kem Erskin, Tanah Perkuburan Kuala Woh, Kampung Changkat, Pekan Chenderiang dan kawasan hutan di Perak.


Sementara itu, Platun Harimau diterbitkan dengan kerjasama Tentera Darat, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Nadirasa Budaya Produksi, Muzium Tentera Darat dan Institut Perisikan Angkatan Tentera Malaysia.


Drama tersebut turut mendapat kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Gerakhas, 4 RAMD, 4 Skuadron Semboyan dan pakar-pakar letupan dari Rejimen Jurutera.


Novel Platun Harimau muncul novel terlaris di pasaran pada 2009, ditulis oleh Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid.


Novel keluaran DBP itu berdasarkan pengalaman Mohd. Radzi sendiri ketika memimpin Platun Harimau dalam puluhan operasi memburu pengganas komunis di perbatasan negara dan negeri Pahang.


Sumber : Utusan Malaysia

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Platun Harimau Memburu Komunis"

Catat Ulasan