Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 27 Februari 2011

Oman pula dilanda krisis, 2 penunjuk perasaan mati

MUSCAT: Polis menembak mati dua penunjuk perasaan yang keluar bagi menyatakan bantahan terhadap pemerintahan Raja Oman, menjadikan negara Arab itu yang terbaru tercetuskan keganasan.

Di Tunisia, Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi meletakkan jawatan selepas pihak keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan di ibu negara, Tunis. Penunjuk perasaan mendesak kerajaan sementara pimpinannya dibubarkan, sehari selepas tiga orang dilaporkan mati di ibu negara itu. Penunjuk perasaan juga keluar beramai-ramai bagi menuntut perubahan kerajaan di Yaman dengan Presiden Ali Abdullah Saleh berkata beliau tetap mempertahankan pemerintahannya selama tiga dekad itu sehingga ke titisan darah terakhir.

Di Muscat, dua penunjuk perasaan mati apabila polis Oman melepaskan tembakan peluru getah ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang cuba menyerbu ke sebuah balai polis.

Lima lagi dilaporkan cedera.

Tunjuk perasaan juga tercetus di Sohar yang terletak kira-kira 200 kilometer dari barat daya Muscat yang mendesak Sultan Qaboos memulihkan ekonomi dan meningkatkan faedah kepada 50,000 pekerja di negara itu serta mengatasi pengangguran.

Agensi berita ONA berkata, keganasan berlaku sejak subuh semalam dan berlarutan hari ini dengan beberapa kenderaan persendirian dan kerajaan dibakar penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan juga membakar kediaman Gabenor Sohar dan sebuah balai polis. - AFP
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Oman pula dilanda krisis, 2 penunjuk perasaan mati"

Catat Ulasan