Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2011

Kekacauan Berterusan Di Timur Tengah Boleh Timbulkan Masalah Pembiayaan ETP - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR: Kekacauan berterusan di negara -negara di Timur Tengah boleh menyebabkan kesukaran kepada Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan Timur Tengah untuk melabur di dalam projek Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata seorang pakar ekonomi.

Sungguh pun begitu, Pakar Kanan Ekonomi AmResearch Manokaran Mottain berkata kesannya dijangka hanya sementara berikutan kemungkinan krisis di Timur Tengah diselesaikan tidak lama lagi.

"Andaian bahawa ketidakstabilan politik di Timur Tengah akan melimpah ke negara lain, terutama sekali ke Arab Saudi, kemungkinan ia tidak berlaku."

"Pendirian kerajaan mendapatkan sumber dana dari Timur Tengah untuk membiayai ETP kemungkinan juga memakan diri, khususnya bagi projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion."

"Harga bahan binaan lebih tinggi turut menaikkan kos sesetengah projek yang dijangka dilaksanakan di bawah ETP, yang berpotensi menyebabkannya terlewat," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Manokaran berkata banyak negara kaya di Timur Tengah mahu memegang sendiri dana bagi menangani keadaan kecemasan masing-masing yang masih tidak tentu mengenai bila pergolakan di rantau itu akan berakhir.

"Ini tidak dinafikan akan menyebabkan kesukaran kepada Malaysia bagi menarik lebih banyak pelabur Timur tengah," katanya.

Mengenai kenaikan harga minyak, Manokaran berkata jika langkah-langkah untuk mengurangkan sabsidi tidak diambil, kredibiliti fiskal kerajaan akan dipersoalkan bersama-sama peningkatan kos pinjaman.

"Walau pun pemotongan seterusnya sabsidi akan membantu mencapai sasaran defisit fiskal 5.4 peratus pada tahun ini, kemungkinan pelaksanaan program rasionalisasi sabsidi oleh kerajaan akan dilakukan berikutan kemungkinan besar pilihanraya umum akan diadakan pertengahan tahun ini atau akhir 2011," katanya.

Bagaimana pun, bagi tempoh jangka panjang, beliau mempercayai bahawa harga bahan api akan mengalami pembetulan utama.

"Harga telah meningkat ke tahap yang semakin sukar dikekalkan di mana permintaan para pengguna gagal memadani jangkaan tinggi pasaran kewangan," katanya. - BERNAMA
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kekacauan Berterusan Di Timur Tengah Boleh Timbulkan Masalah Pembiayaan ETP - Pakar Ekonomi"

Catat Ulasan