Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2011

‘Usah kait tentera dengan agenda politik’

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan anggota tentera dengan agenda politik tanah air.

Beliau berkata, pembabitan anggota tentera dalam pembangunan negara hanya untuk menyokong usaha kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan politik.

“Kami juga turut terbabit dengan ‘nation building’ demi kesejahteraan rakyat jelata maka bila kami terbabit dengan ini, kami juga terbabit dengan rakyat dan mungkin ini disalah tafsirkan, ataupun sengaja diputarbelitkan.

“Walaupun saya tentera, ini tidak bererti saya tidak ambil tahu tentang hal politik...tetapi saya tidak terbabit dalam politik. Saya mengambil tahu untuk pengetahuan, tetapi saya tidak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam.

Beliau yang mengulas tuduhan sesetengah pihak yang mengaitkan anggota tentera darat dengan kancah politik negara juga menyifatkan tindakan itu sebagai mahu menjatuhkan kredibiliti pasukan itu.

Zulkifeli berkata, sebagai tentera, tugas utama mempertahankan negara dan menyokong usaha dilakukan kerajaan memerintah.

Mengulas perkara berbeza, Zulkifeli berkata, tentera darat akan berbelanja mengikut kemampuan demi memantapkan angkatan tenteranya.

“Berdasarkan perkakasan dan sistem yang canggih, yang kita boleh mampu, sudah tentu kita perlu berbelanja. Ini seperti polisi insurans, kalau anda bayar premium pada sekian jumlah, maka anda akan dilindungi polisi untuk sekian jumlah,” katanya.

Terdahulu dalam perutusannya, beliau mahu aset utama tentera darat iaitu sumber manusia dibangunkan sebaik mungkin selaras peredaran masa.- Bernama

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "‘Usah kait tentera dengan agenda politik’"

Catat Ulasan