Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2011

Tentera komited rakyatkan anggota

KOTA KINABALU 1 Mac - Tentera beriltizam untuk memantapkan komitmen merakyatkan Tentera Darat (TD) melalui pelbagai program mesra rakyat dan program pembangunan negara.

Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal berkata, ia bersesuaian dengan slogan 'Your Army' (Tentera Anda) yang bertujuan untuk mendekati rakyat.

Beliau mengakui, sering kali rakyat tidak mengetahui apakah peranan dan tugas sebenar TD terutama di Sabah, kerana mereka saban hari hanya melihat pihaknya melakukan latihan, tetapi pada masa sama tiada pula sebarang ancaman pengganas atau komunis.

"Pihak kita konsisten menjaga keamanan negara, terutama di perbatasan negara iaitu sempadan Malaysia dan Indonesia.

"Anggota kita menjaganya sepanjang 365 hari, tujuh hari seminggu, 24 jam sehari, langsung tiada sebarang rehat atau cuti, kadang-kadang ini tidak diketahui oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan Hari Ulang Tahun TD ke-78 di Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Halim membacakan perutusan khas Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin.

Tambah Abdul Halim, sempena ulang tahun itu, pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti melibatkan rakyat, antaranya ialah sembahyang Jumaat dan khutbah khas di masjid kem itu Jumaat ini yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin.

Kata beliau, pihaknya juga meneruskan program Jiwa Murni dengan membina rumah bekas pesara tentera, Ismail Tajib di Kampung Surati, Papar dekat sini.

Selain itu, katanya, pasukan kita di sempadan juga secara konsisten mengadakan program gotong-royong bersama penduduk kampung seperti membantu membina jambatan dan membersihkan kawasan perkuburan.

"Malah pasukan perubatan kita secara konsisten juga sering mengadakan klinik bergerak di kawasan pedalaman terutama di kawasan perbatasan bersama-sama dengan penduduk kampung dan pemimpin tempatan.

"Segala aktiviti baik ini bukan sahaja akan diteruskan, malah ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sesuai dengan matlamat kita bagi merakyatkan TD," katanya.

Seterusnya, Abdul Halim berkata, sebagai perancangan masa hadapan, pihaknya sedang merancang untuk mengadakan pameran kepada orang ramai mengenai TD, termasuk mengadakan bengkel kerjaya tentera kepada masyarakat yang akan diadakan di Padang Merdeka di sini.

"Pada masa ini pasukan kita sedang merancang untuk menjayakan aktiviti ini yang melibatkan setiap lapisan kumpulan masyarakat di negeri ini," katanya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Tentera komited rakyatkan anggota"

Catat Ulasan