Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2011

ATM setanding negara-negara luar

KUALA LUMPUR 1 Mac. - Meskipun Tentera Darat Malaysia genap 78 tahun hari ini, ia masih dianggap muda oleh Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berbanding tentera darat beberapa negara lain.

Namun, itu bukan alasan untuk rakyat negara ini merasa rendah diri, sebaliknya perlu berbangga kerana Tentera Darat pada hakikatnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara tersebut.

Ketika menyampaikan perutusannya sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 hari ini, beliau nyata berbangga dengan kemampuan Tentera Darat yang disifatkannya setanding dengan kemampuan beberapa negara maju yang lebih dahulu mewujudkan cabang tentera tersebut.

"Di persada antarabangsa, Tentera Darat berkhidmat dengan cemerlang dalam 42 misi di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain menyumbang bakti dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan serta bencana alam.

"Selain itu, ketika ini terdapat 11 batalion yang bertugas di seluruh pelosok tanah air demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Pada waktu ini juga, terdapat hampir 700 anggota tentera darat yang berkhidmat di serata dunia berperanan sebagai pemerhati, staf mahu pun anggota pengaman," katanya.

Perutusan itu dibacakan oleh Zulkifeli di hadapan lebih 5,000 anggota tentera dari pelbagai unit pada upacara Perbarisan Perutusan Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Perbarisan perutusan itu melibatkan 19 pegawai serta 590 anggota lain-lain pangkat dari lima kontinjen iaitu Grup Gerak Khas (GGK), 10 Briged Para, Pemerintahan Medan Tentera Darat, Pemerintahan Latihan Tentera Darat dan Pemerintahan Logistik Tentera Darat.

Tema sambutan tersebut adalah 1 Angkatan: Tetap Gagah, Tetap Setia.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan seluruh agar berpegang teguh kepada nilai-nilai asas, adat resam, tradisi serta etos ketenteraan bagi mengelak daripada terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dan anasir tidak bertanggungjawab.

"Semua nilai asas murni tersebut termasuk kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan dan pengorbanan perlu disuburkan serta dipraktikkan melalui sistem pemerintahan rejimental secara tersusun," katanya.

Mengakhiri perutusan tersebut, Zulkifeli mewakili seluruh warga Tentera Darat melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM setanding negara-negara luar"

Catat Ulasan