Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 28 Februari 2011

Pendudukan Jepun dan Keruntuhan Pasukan Polis (1942-1945)

Jeneral Itakagi Menyerahkan Pedangnya kepada Leftenan Jeneral Messery, Pegawai Pemerintah `Command' Malaya diikuti oleh Pegawai-pegawai Tentera Jepun yang lain disatu upacara penyerahan pedang-pedang Jepun di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Feb. 1946.

Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan keadaan di Tanah Melayu menjadi cemas apabila pihak Jepun menakluki kawasan Indo-China. Langkah-langkah minima diambil oleh Kerajaan British untuk mempertahankan Tanah Melayu.

Ketua Polis Negeri-Negeri Selat A.H. Dickinson telah dilantik menjadi Pegawai Keselamatan Awam bagi seluruh Tanah Melayu. Beliau bertanggungjawab menyusun pertahanan Tanah Melayu bagi menghadapi ancaman serangan tentera Jepun.

Di Selangor dan Negeri Sembilan, Pasukan Auxilliary Police ditubuhkan, dan konstabel-konstabel tambahan diambil bagi tujuan memperkuatkan Pasukan Polis. Pihak polis di Kedah, Perak dan Kelantan diarah supaya menjalankan rondaan dan kawalan di kawasan sempadan Tanah Melayu/Thailand.

Pada masa yang sama ancaman dalaman dari kumpulan-kumpulan anti British telah meningkatkan aktiviti-aktiviti subversif. Kempen anti British dijalankan terutamanya melalui dua akhbar yang dimiliki oleh PKM iaitu "EMANCIPATION NEWS" clan "VANGUARD NEWS". Pada Hari Buruh 1 Mei 1940 satu perhimpunan secara besar-besaran yang dirancang oleh PKM di Singapura dapat dipatahkan oleh polis dengan menghalang pemergian pekerja-pekerja ke tempat yang telah ditentukan.

Pada 9hb Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kelantan dan Terengganu. Kemaraan tentera Jepun tidak dapat dipatahkan malah pasukan polis telah berpecah belah. Kejatuhan Singapura ke tangan Jepun menandakan lenyapnya Pasukan-Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu clan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Jangka masa pendudukan Jepun merupakan satu "zaman kegelapan" dalam perkembangan institusi polis di Malaya. Pihak Jepun telah mendirikan pentadbiran ketenteraan di Tanah Melayu. Pasukan polis diteruskan berfungsi tetapi digunakan sebagai alat penindasan dalam sistem pemerintahan kuku besi Jepun.

Zaman pendudukan Jepun telah membawa dua kesan utama ke atas perkembangan institusi Polis di Malaya :

a. Pendudukan Jepun telah menunjukkan bahawa penduduk-penduduk tempatan berupaya menjalankan tugas-tugas kepolisan tanpa pimpinan pegawai-pegawai Inggeris. Sistem stratifikasi anggota-anggota polis berasaskan pemisahan di antara pegawai asing dan pegawai tempatan tidak dapat diteruskan selepas tamatnya pendudukan Jepun.

b. Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu. Pada masa itu penduduk kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak komunis. Pasukan polis yang memburu gerila-gerila itu kebanyakan terdiri daripada orang Melayu. Kesan langsung dari keadaan ini tercetus selepas penyerahan tentera Jepun. Pihak British mengambil masa lebih dari dua minggu untuk bertapak semula di Malaya. Dalam tempoh masa peralihan ini pejuang- pejuang gerila telah keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa tempat. Mereka telah mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pendudukan Jepun dan Keruntuhan Pasukan Polis (1942-1945)"

Catat Ulasan