Assalamualaikum ustaz..
Saya ada terbaca mengenai artikel seperti yg bertajuk diatas di dlm website. Saya amat tertarik dengan persoalan yang dikemukan oleh audari herma wati kerana saya dapat merasakan saya berada di dalam situasi yg sama.. walaupun saya mungkin tidak sebaik saudari herma wati.
Cuma apa yg saya ingin soalkan disini adalah apakah pendapat ustaz mengenai 'nikah gantung' walaupun sebenarnya tiada istilah tersebut di dalam islam jika saya tidak tersilap.
Untuk pengetahuan ustaz, kami memang merancang untuk berkahwin tetapi keadaan tidak mengizinkan kami untuk berbuat demikian memandangkan kewangan beliau masih tidak mencukupi. Pernah terdetik di hati saya utk berbuat demikian untuk mengelakkan maksiat kerana semakin hari kami semakin rapat.
Bukan saya tidak terfikir mengenai dosa.. walaupun kami tidak bermesra dari segi fizikal secara berlebih-lebihan tetapi kami selalu berhubung melalui telefon. Ini menyebabkan kami tidak dapat mengelak dari membuat maksiat hati.
Saya harap ustaz dapat memberi pandangan mengenai hal ini ataupun memberi penyelesaian yg lebih baik drpnya. Untuk tidak berhubung dengannya adalah sesuatu yg payah untuk dilakukan, baik bagi diri saya mahupun diri dia.
Cuma apa yg mampu kami lakukan adalah berdoa agar dipermudahkan jodoh kami. Halangan terbesar bagi kami adalah masa memandangkan lambat lagi untuk kami berkahwin dan bimbang jika berlaku sesuatu yg tidak elok dalam tempoh tersebut.
Diharap ustaz dapat membantu. Terima kasih.
Wassalam.
Wa`alaikumussalam warahmatuLlah.
....................................................................
Terima kasih atas kepercayaan sdri utk saya cadangkan penyelesaian masalah sdri, w/pun mungkin saya bukanlah org yg terbaik utk tujuan itu. Semoga Allah s.w.t. menunjukkan utk sdri dan pasangan sdri jalan taufik dan hidayat-Nya.
Sebelum saya mencadangkan penyelesaian utk sdri, sukalah saya 'khutbah'kan sedikit mengenai hubungan lelaki wanita dlm Islam.
Tiada siapa yg menjadikan manusia ini lelaki dan wanita melainkan Allah s.w.t. Juga tiada siapa yg menjadikan lelaki terlalu minat terhadap wanita dan sebaliknya, melainkan Dia s.w.t. Dialah Allah s.w.t. yg menjadikan pandangan dan perasaan lelaki terhadap wanita tidak spt pandangan dan perasaannya terhadap dinding, tiang dan seumpamanya. Kalaulah perasaan lelaki wanita itu hanya seumpama bila kita melihat dinding atau tiang, bukankah mudah utk kita kawal diri kita drp fitnah hubungan lelaki wanita ini? Maksudnya, Allah s.w.t. jugalah yg menjadikan lelaki terlalu tertarik dgn wanita dan wanita suka memikat lelaki. (Lihat al-Quran, al-Ruum 30: 21, Ali `Imran 3:14)
Ya, Allah s.w.t. menjadikan pandangan dan perasaan khusus antara lelaki wanita dgn hikmat yg terlalu besar. Kalaulah tujuan ciptaan jin dan manusia itu ialah utk tujuan pengabdian diri kpd Allah s.w.t. dgn melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya (al-Dzariyaat 51:56), dgn segala kemudahan percuma di bumi dan di langit (al-Hajj 22:65, Luqman 31:20, al-Jaathiyah 45:13) utk manusia hidup sebg khalifah yg mengetuai alam dan boleh memperguna segala makhluk di dunia ini (al-Baqarah 2:30), maka tujuan manusia dijadikan lelaki wanita dgn tarikan yg amat kuat antara satu sama lain, BUKANlah utk mereka berseronok sesuka hati sehingga melupakan tujuan asal Tuhan mereka mengadakan mereka yg sebelumnya tiada.
Siapa yg memberikannya nyawa dan organ pernafasan utk hidup, siapa yg memberikan akal yg menyebabkan dia terselamat drp penyakit gila atau sewel, siapa yg memberikannya penglihatan yg menyebabkan dia tidak buta, siapa yg memberikannya pendengaran yg menyebabkan dia tidak pekak, siapa yg mengeluarkannya drp perut ibu dgn selamat dan sempurna fizikal dan mental kalau tidak ALLAH S.W.T.? (Lihat Surah al-Tiin 95:4). Sedangkan ramai manusia lain yg dijadikan terencat berakal, buta, pekak, tempang dsbnya.
Adakah org2 yg terencat akal, buta, pekak, bisu, tempang dsbnya itu mampu dibaikpulih dan diganti akal, penglihatan, pendengaran, daya percakapan dan kesempurnaan fizikal oleh org yg paling menyayangi mereka, iaitu ibu bapa mereka? Adakah ibu bapa mereka boleh membeli spare parts nikmat2 Allah s.w.t. di mana-mana utk menggantikan kecacatan anak2 mereka itu? Jawabnya TIDAK, kerana semuanya itu adalah pemberian istimewa Allah s.w.t. tanpa sebarang pilihan lain.
Jadi Allah s.w.t. menjadikan lelaki dan wanita serta tarikan yg amat kuat antara keduanya ialah supaya mereka boleh hidup rukun damai secara kekal sebg suami isteri yg sah utk melahirkan zuriat yg meneruskan generasi manusia yg mengabdikan diri kpd Allah s.w.t. Sekiranya manusia lelaki wanita itu tiada perasaan minat dan tertarik antara satu sama lain, maka spesis manusia akan pupus dan tamatlah dunia. Tetapi minat yg kuat antara satu sama lain itu BUKAN utk tujuan berseronok sesuka hati tanpa ikatan perkahwinan yg sah yg disyaratkan oleh Allah s.w.t..
Supaya hubungan manusia lelaki wanita tidak menyeleweng dan menurunkan taraf mereka spt binatang yg tidak mempunyai peraturan dlm perhubungan jantan betina atau lebih hina drp binatang (lihat al-Tiin 95:5), maka Allah s.w.t. telah menurunkan makhluk manusia ke bumi dgn satu pakej undang2 dan peraturan yg wajib dipatuhi. Siapa patuh dia dapat pahala dan layak ke syurga dan siapa ingkar dia berdosa dan layak masuk neraka. Itu saja pesannya, dan itulah kebenaran drp Allah s.w.t., siapa yg hendak, dia boleh percaya (iman), dan siapa yg hendak, dia boleh tak percaya (kufur) -(lihat Surah al-Kahfi 18:29). Apa yg pasti, antara manusia yg percaya dan tak percaya itu, tiada apa2 perbezaan dari segi akan dikembalikan kpd Allah s.w.t. Yg percaya akan mati dan yg tak percaya pun akan mati juga (lihat Ali `Imran 3:55, al-Maidah 5:48, al-An`am 6:60, 164, Yunus 10:4, 23, dan banyak lagi).
Seperti yg selalu saya pesan kpd para remaja dan anak2 murid saya, tidak salah utk kita meminati dan menyukai mana2 lelaki dan wanita kerana perasaan itu adalah anugerah Allah s.w.t. Manusia mempunyai minat dan cita rasa yg berbeza, s/ada terhadap sesama manusia, atau pakaian, atau kenderaan dan sebagainya. Tetapi minat dan cita rasa tidak menghalalkan kita memilikinya melalui cara yg menyalahi undang2 dan peraturan. Atas dasar minat dan suka, kita tak harus merampas, mencuri, menipu milik org lain utk memenuhi minat dan cita rasa kita. Bila kita menuruti minat dan cita rasa itu sehingga melanggar peraturan, maka kita sendiri telah menempah masalah.
Begitu juga, tidak salah utk sdri meminati atau menyintai pasangan lelaki sdri itu, dan juga sebaliknya, dia terhadap sdri. Tetapi minat dan cinta itu tidak harus ditunaikan menurut perasaan sehingga melanggar peraturan, apatah lagi peraturan Allah s.w.t. tuhan yg mengadakan sdri yg asalnya tidak wujud di dunia ini. Sepatutnya kalau sdri sudah tahu keadaan belum mengizinkan utk sdri dan pasangan sdri itu berumah tangga secara halal, mengapa sdri (dan juga dia) melanjurkan diri utk bercinta secara serius? Tak mungkin sdri dan dia tiba2 saja berfantasi di alam percintaan, tanpa pertemuan demi pertemuan dan perbualan demi perbualan sebelum ini. Sdri dan dia tidak akan berada dlm masalah spt sekarang ini jika perasaan minat dan suka terhadap dia dan sebaliknya itu dihentikan setakat itu sahaja serta tidak melangkah lebih drp itu. Tapi nampaknya sdri dan dia telah melangkah banyak tapak melepasi sempadan yg patut (ini tidak saya kata salah jika sdri dan dia telah mampu berkahwin sejak mula cinta sdri berputik).
Tapi 'khutbah' ini tidak akan menolak sdri dan dia ke belakang semula utk berada di titik asal sebelum percintaan serius spt sekarang. Tujuan saya khutbahkan ini ialah utk pengajaran kpd org2 lain, khususnya para remaja dan muda mudi Islam yg belum melepasi usia belajar yg asas. Ini saya tujukan kpd mereka yg rata2 menjadi peminat filem2 cinta Hollywood, filem2 cinta murahan lakonan artis2 Melayu dan perkembangan artis2 yg hangat berpasangan dan bertukar-tukar pasangan, lalu cuba sedaya upaya utk mempraktikkan pd diri2 mereka. Sdri dan dia adalah sepasang mangsa suasana yg mengasyikkan, w/pun sdri dan dia tahu kemampuan belum ada.
'Khutbah' selesai……
Sdri menyatakan sebab yg menghalang sdri dan dia berkahwin sekarang ia kerana faktor kewangan dia yg tidak mencukupi. Sdri juga menyatakan masa sebg 'halangan terbesar'. Mungkin ini bermaksud bahawa masa utk dia mengumpul duit utk perkahwinan itu agak lama dan tidak boleh bersabar lagi.
Lalu sdri bertanyakan pandangan saya terhadap cadangan 'nikah gantung'. Spt yg sdri faham, sebenarnya tiada istilah nikah gantung dlm Islam. Kalau sudah nikah dgn syarat dan rukunnya yg cukup, maka ia adalah nikah secara Islam yg sah. Cuma saya faham maksud sdri dgn istilah 'nikah gantung' ialah suatu perkahwinan yg tidak diserikan dgn majlis kenduri-kendara dan belanja hantaran yg besar spt yg selalu dibuat oleh org ramai.
Kalau itulah maksudnya, maka 'nikah gantung' itu harus dilakukan kerana kenduri dan hantaran yg besar itu bukan rukun dan bukan syarat nikah. Kenduri sebg walimah utk menjemput sanak saudara dan kenalan utk meraikan pasangan mempelai hanya sunat sahaja. Kenduri secara kecil-kecilan pun memadai. Manakala hantaran adalah hadiah pihak lelaki kpd wanita. Hadiah ialah pemberian ikhlas, tidak wajib. Tetapi masyarakat kita hari ini seolah-olah mewajibkan hantaran ini dan menjadikannya sebg kebanggaan. Bila kebanggaan dijadikan matlamat, maka ia bukan lagi ibadat, sebaliknya maksiat yg membawa dosa kerana bermegah-megah, riak serta sum`ah (harapan supaya org lain dengar dan memuji).
W/pun ia dikatakan harus, sebaik-baiknya berbincanglah dgn ibu bapa dan keluarga kedua-dua pihak supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Ingat, perkahwinan bukan sekadar berkawan, tetapi hubungan keramat yg menyatukan dua jasad dan dua jiwa. Jika ini tidak dapat disatukan, maka kehancuranlah akhirnya. Kalau dipersetujui dan semua pihak menyambut baik, maka teruskanlah hasrat sdri itu.
Tetapi jika yg dimaksudkan dgn 'nikah gantung' ialah nikah utk memuaskan nafsu seks semata-mata tanpa membebankan suami dgn sebarang tanggung jawab nafkah zahir (kerana mungkin belum ada sebarang pendapatan), maka ia tidak harus. Ini kerana perkahwinan adalah hak dan tanggung jawab antara suami isteri zahir dan batin. Jika sdri merelakannya juga, sdri menceburkan diri ke lembah berisiko.
Melainkan jika pasangan sdri itu mempunyai prospek masa depan dan dlm masa sekarang telah memiliki kemampuan utk memberi nafkah asas utk sdri. Yg dia tidak mampu cuma belanja kenduri dan hantaran yg beribu-ribu itu saja. Jika ini keadaannya, iaitu pasangan sdri itu telah mampu memberi nafkah asas sementara dia memperolehi pekerjaan tetap nanti, maka perbuatan menangguh perkahwinan kerana menuggu perbelanjaan besar boleh membawa dosa yg lebih banyak. Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan para wali dan pihak berkuasa supaya mengikhtiarkan supaya org2 bujang dikahwinkan jika perkahwinan itu memberi kebaikan kpd mereka dan Allah s.w.t. menjanjikan kesenangan dan limpah kurnia drp.-Nya jika kebetulan org bujang itu masih fakir (Surah al-Nuur 24:32).
Jadi kesimpulannya, sesuatu perkahwinan yg cukup syarat dan rukunnya w/pun dinamakan 'nikah gantung' kerana tidak dikendurikan dgn majlis besar2an dan seolah-olah tiada 'rumah tangga' perkahwinan, hukumnya harus dan boleh dilaksanakan. Hubungan suami isteri 'nikah gantung' ini adalah spt suami isteri perkahwinan yg biasa yg boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya. Tetapi jika yg dimaksudkan dgn 'nikah gantung' itu ialah perkahwinan 'rahsia' yg diakadkan antara sesama kawan (spt al-zawaj al-`urfi di negara2 Timur Tengah), maka kesahihannya boleh dipertikaikan dan pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan w/pun pasangan itu tidak boleh dituduh berzina.
Cara yg lebih baik, tak perlu 'nikah gantung', berkahwinlah secara biasa w/pun dgn majlis yg serba ringkas. Dan tak perlu takut kedatangan 'org baru' dlm kandungan kerana setiap yg bernyawa telah ditetapkan rezekinya oleh Allah s.w.t. Rezeki tetap ada, cuma mungkin tidak kaya atau mewah sahaja.
Semoga Allah s.w.t. memberi taufik utk sdri dan pasangan serta pemuda pemudi Islam ke jalan selamat dunia dan akhirat. Sekian wassalamu `alaikum warahmatuLlah.
Sumber rujukan : Tranung Kite
0 ulasan: on "Persoalan 'nikah gantung'"
Catat Ulasan