SANGAT biadap! Kedutaan Malaysia dilontar najis oleh penunjuk perasaan di Jakarta disebabkan mereka memprotes tiga anggota penguat kuasa Indonesia ditahan oleh Polis Malaysia.
Ditambah pula mereka sanggup menyepak dan memijak bendera Malaysia dengan penuh rasa bangga dan megah. Inilah sikap ketidakmatangan berfikir rakyat Indonesia sehingga sanggup menghina dan menguris perasaan hati rakyat Malaysia yang akan menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi.
Rakyat Indonesia yang terbabit langsung tidak menghargai layanan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan di negara ini.
Sebenarnya rakyat Malaysia telah lama bersabar dengan kegilaan rakyat Indonesia menghina Jalur Gemilang. Mereka pernah mengancam mahu membunuh rakyat kita di Indonesia dengan buluh runcing sehingga menimbulkan ketakutan rakyat Malaysia melancong ke Indonesia.
Rakyat Indonesia tidak pernah sedar diri berapa ramai keluarga, kawan mereka yang bekerja di Malaysia menikmati hidup selesa sehingga mampu membina rumah di negara mereka kerana hasil daripada dasar keterbukaan Malaysia memberi peluang pekerjaan.
Ada rakyat Indonesia yang dahulunya datang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering tetapi pada hari ini telah makin berisi malah mampu membeli telefon bimbit berjenama. Wanita Indonesia yang bekerja di sini dahulunya datang ke Malaysia dengan rambut berkerinting dan berserabut tetapi hasil daripada gaji mereka, rambut mereka makin cantik dan diwarnakan kerana kemampuan mereka.
Selama ini hanya kita menganggap mereka sebagai saudara sedangkan mereka tidak pernah menganggap kita sebagai saudara malah musuh mereka sejak era Sukarno lagi. Jika hendak dihitung terlalu banyak jenayah yang telah mereka lakukan di negara ini setiap hari! Setiap hari ada sahaja kes rompakan dan pembunuhan semuanya didalangi oleh rakyat Indonesia.
Rakyat Malaysia tidak pernah marah sebaliknya kita tidak pernah mengambil tindakan drastik. kes jenayah sangat membimbangkan sejak rakyat Indonesia memasuki negara Malaysia untuk bekerja. Mereka harus menyedari bahawa terdapat kira-kira 2 juta rakyat negara itu yang mencari makan dan beranak-pinak di sini tetapi belum dihitung yang masuk secara haram ke Malaysia?
Indonesia harus memberi didikan akhlak kepada rakyat mereka terutama sekali ahli pertubuhan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang langsung tidak berfikir implikasinya. Dalam otak mereka hanya ingin berperang dengan Malaysia.
Kita yakin kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia tidak akan mengenakan sebarang tindakan dan bertindak secara emosional, tetapi Indonesia harus merasa malu kepada dunia seluruhnya. Sedarlah tidak ada rakyat di negara maju yang main baling-baling tahi.Tindakan mereka ini seperti di zaman batu yang tidak maju serta tidak bertamadun tinggi.
Hubungan Malaysia dan Indonesia akan menjadi bertambah rumit jika pemimpin Indonesia tidak mampu mengawal media mereka yang sengaja menimbulkan kontroversi terhadap Malaysia! Sepatutnya istilah serumpun antara Malaysia dan Indonesia seharusnya dalam hubungan yang cukup istimewa sebaliknya tidak berlaku.
Ketika Malaysia ingin meraikan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, rakyat Indonesia seharusnya menghormati dan menjaga hubungan ini. Ini ditambah pada waktu ini, rakyat Malaysia dalam bersemangat menyambut hari kemerdekaan tetapi sebaliknya berita bendera Malaysia dipijak-pijak memanglah satu perkara yang menimbulkan kemarahan .
Cuba peka dengan jiran tertangga bukannya mencari masalah. Dalam keadaan kesusahan Indonesia menghadapi bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi, kerajaan Malaysia antara negara awal yang menghantar bantuan kemanusiaan.
Kita sudah semakin muak dengan sikap dan tingkah laku rakyat Indonesia. Setakat ini kita masih mampu bersabar. Namun rakyat Indonesia diingatkan jangan cabar kesabaran rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia ada maruah dan kedaulatan yang harus dijaga. Jangan sampai suatu hari nanti rakyat Indonesia menangis jika kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang paling tegas mengusir pekerja mereka daripada bumi Malaysia.
Penulis ialah Naib Presiden GPMS Malaysia.
P/S : Rakyat Malaysia tak nak buat demonstrasi secara besar-besaran ke? seperti yang pernah berlaku pada zaman Tunku dulu.
0 ulasan: on "Hormatilah jiran tetangga secara beradap!"
Catat Ulasan