Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 26 Ogos 2010

Pilihan raya umum Malaysia 1969

Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar dalam pilihan raya umum 1969


Siswa ITM membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada tahun 1969.(Berita Harian)
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 yang merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.


Keputusan pilihan raya

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yamg dianggotai oleh UMNO-MCA-MICpilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, ini tidak merupakan satu masalah yang besar disebabkan parti campuran ini hanya memerlukan lagi seorang sahaja daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan pemerintahan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%. telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.

Jadual keputusan

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1969: Parlimen

Parti Pecahan % undi Jumlah % undi Pecahan Kerusi Jumlah Kerusi
Parti Perikatan (Alliance):
48.41
66
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 33.67
51
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 13.50
13
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 1.24
2
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
13.73
13
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
8.57
8
Parti Progresif Rakyat (PPP)
3.87
4
Parti Islam SeMalaysia (PMIP)
23.75
12
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
1.24
0
Calon bebas
0.34
0
Jumlah besar
100.0
103
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong

Lihat juga


Rujukan



Didahului oleh:
1964
Proses Pilihan Raya di Malaysia Diikuti oleh:
1974

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pilihan raya umum Malaysia 1969"

Catat Ulasan