Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 26 Ogos 2010

Hukuman lebih berat pesalah kes khalwat, zina

MASALAH pembuangan bayi sememangnya kini makin berleluasa dan agak sukar untuk dikekang. Keputusan kerajaan meletakkan kes bunuh dan buang bayi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung mandatori, manakala percubaan membunuh bayi pula mengikut Seksyen 307 dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun adalah keputusan yang amat dialu-alukan.

Namun apa yang ingin saya suarakan ialah hukuman kepada titik permulaan yang membawa kepada kelahiran bayi tidak berdosa ini.

Khalwat yang mengheret ke perbuatan zina adalah satu situasi perlu diambil kira secara serius kerana tanpa kedua-dua perbuatan ini, pastinya bayi ini tidak ada dilahirkan dan dibuang sewenang-wenangnya tanpa perikemanusiaan.

Tetapi apakah hukuman kes khalwat dan zina yang dikenakan setakat ini? Saya rasa kerajaan patut menitikberatkan hukuman lebih berat kepada kes khalwat dan zina. Apabila hukuman lebih berat dikenakan kepada perbuatan tidak bermoral ini, maka pastinya perzinaan dan kelahiran anak luar nikah dapat dibendung.

Tetapi sebaliknya, apabila tindakan undang-undang yang ada terlalu rapuh dan lemah, maka bayi ini akan terus dilahirkan apabila remaja dan pasangan berkhalwat dan berzina terus menjalankan aktiviti mereka.

Apa yang mampu kita lakukan kalau bayi dilahirkan dan dibunuh tanpa perasaan sedangkan perbuatan membawa kepada kelahiran bayi ini terbuka tanpa mampu dibendung. Sepatutnya kita mengenakan hukuman lebih berat di awal perbuatan yang membawa kepada kelahiran bayi ini dan bukannya semata-mata mengenakan hukuman berat selepas bayi itu dilahirkan dan nyawa mereka diambil sendiri oleh tangan insan melahirkan.

Semoga kita dapat membendung kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah kerana ia adalah perbuatan melebihi kekejaman haiwan dan tidak berperikemanusiaan.

MAS,
Batu Gajah, Perak.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Hukuman lebih berat pesalah kes khalwat, zina"

Catat Ulasan