Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 26 Ogos 2010

Malaysia tidak akan mohon maaf

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2010/08/27

pix_gal0
Tindakan terhadap 3 anggota penguat kuasa KKP Indonesia ikut undang-undang

PUTRAJAYA: Malaysia tidak akan memohon maaf kepada Indonesia berhubung penahanan dan dakwaan layanan buruk terhadap tiga anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) di perairan negara walaupun didesak sesetengah pihak di republik berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Malaysia mengambil pendirian itu kerana tindakan Polis Gerakan Marin pada 13 Ogos lalu itu adalah mengikut undang-undang negara.

“Kita tidak akan memohon maaf kerana ini adalah undang-undang di negara ini sama seperti Indonesia dan undang-undangnya,” katanya selepas mengadakan pertemuan dan dialog dengan 34 delegasi Program Duta Belia Indonesia, di sini semalam.

Beliau berkata, Malaysia juga tidak akan meminta Indonesia memohon maaf berikutan insiden penahanan tujuh nelayan rakyat Malaysia.

Anifah berkata, Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan penunjuk perasaan anti-Malaysia di Jakarta sejak 16 Ogos lalu yang memijak dan membakar Jalur Gemilang serta membaling najis manusia ke halaman Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Bagaimanapun, beliau (Perdana Menteri) percaya terhadap kewibawaan pihak berkuasa Indonesia mengawal dan menjamin keselamatan bangunan kedutaan serta penduduk Malaysia di sana,” katanya yang memberi taklimat ringkas mengenai perkembangan demonstrasi anti-Malaysia itu dalam mesyuarat Kabinet, kelmarin.

Anifah mengulas desakan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) negara itu iaitu Civil Circle for Indonesia dan Coalition for Fishery Justice (KIARA) yang mendesak Malaysia memohon maaf.

Pada hari pertama demonstrasi menyaksikan penunjuk perasaan menceroboh hingga ke atas pagar Kedutaan Besar Malaysia yang didalangi sebuah pertubuhan yang dinamakan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA).

Sementara itu, kerajaan akan meneruskan penghantaran pelajar tajaan ke Indonesia kerana menyifatkan insiden demonstrasi yang mencemarkan kedaulatan Malaysia BENDERA di negara itu adalah kes terpencil.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan tidak perlu melenting sehingga mengambil keputusan sedemikian atas perbuatan golongan tertentu yang bertindak atas matlamat tersendiri.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Malaysia tidak akan mohon maaf"

Catat Ulasan