Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 25 Ogos 2010

Kedutaan Besar Malaysia sebagai kawasan kedaulatan negara

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Insiden penahanan tiga Pasukan Penguat Kuasa Perikanan Republik Indonesia di perairan Johor 13 Ogos lalu tidak menjejaskan hubungan baik antara pasukan polis kedua-dua buah negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepadanya yang yakin kedua-dua negara akan terus menjalin kerjasama erat dalam soal keselamatan.

Katanya, meskipun insiden itu melibatkan penguat kuasa antara kedua-dua negara, namun ia tidak menjejaskan kerjasama dan perkongsian maklumat.

"PDRM dan polis Indonesia sebaliknya akan terus menjalinkan kerjasama bagi mencegah jenayah merentasi sempadan," katanya pada majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang di Kem Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam; Musa dan timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

Dalam kejadian pada 13 Ogos lalu, Pasukan Gerakan Marin (PGM) menahan tiga Penguat Kuasa Perikanan Republik Indonesia, manakala tujuh nelayan warga tempatan ditahan penguat kuasa negara jiran itu.

Namun kesemua mereka yang ditahan dibebaskan, hasil rundingan kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Berikutan kejadian tersebut, segelintir rakyat negara jiran itu telah bertindak membuat kecoh dengan mengadakan demonstrasi dan juga membaling najis di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Mengulas isu yang sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan berusaha menjadikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai kawasan kedaulatan negara bagi menghalang sebarang pencerobohan oleh kumpulan pelampau Indonesia pada masa hadapan.

Menurut beliau, perbincangan mengenai perkara itu sedang dijalankan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua negara bagi membolehkan cadangan itu diwartakan secepat mungkin.

"Kita sedang mencari jalan agar kawasan kedutaan diwartakan sebagai kawasan kedaulatan negara," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Darat di Masjid Angkatan Tentera, Kem Perdana, Sungai Besi di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin.

Mengenai dalang di belakang Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) sehingga kumpulan itu sanggup membaling najis dan memijak Jalur Gemilang, Ahmad Zahid memberitahu, ia ditaja sebuah parti pembangkang utama di negara itu.

Menurutnya, parti yang bertanggungjawab itu pernah dipimpin oleh seorang bekas presiden republik berkenaan dan tindakan tersebut diambil bagi menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

"Kami mendapat maklumat daripada sumber risikan bahawa pihak yang berada di belakang Bendera adalah sebuah parti pembangkang di Indonesia. Parti ini pernah diketuai oleh seorang bekas presiden.

"Sebagai bantahan terhadap tindakan itu, Kabinet hari ini memutuskan untuk memanggil Duta Besar Indonesia bagi memberi penjelasan kerana bagi Malaysia langkah yang diambil oleh kepimpinan parti berkenaan sangat tidak wajar," jelasnya.

Ditanya sama ada terdapat parti politik di negara ini terbabit sama sebagai dalang dalam demonstrasi berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu menuduh tetapi berharap ia tidak berlaku.

Beliau bagaimanapun menegaskan, jika terdapat parti politik di negara ini yang bersekongkol menjadi dalang di belakang Bendera, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas dengan segera.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kedutaan Besar Malaysia sebagai kawasan kedaulatan negara"

Catat Ulasan