Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 25 Ogos 2010

Cari siapa dalang demonstrasi cemar maruah Malaysia


MALAYSIA ada maruah dan harus dihormati tidak kira di dalam atau luar negara. Sebab itu, rakyat kita akan berasa marah dan geram apabila melihat gelagat penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kelmarin.

Malaysia memang memahami bahawa demonstrasi jalanan di Indonesia adalah perkara biasa sejak negara itu melalui era reformasi pada 1998. Dan demonstrasi di sana sememangnya dibenarkan.

Tetapi, untuk kesekian kalinya, kedaulatan dan maruah Malaysia bagaikan dicabar lagi apabila Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar oleh segelintir rakyat Indonesia.

Lebih dikesalkan dan membakar api kemarahan kita ialah tindakan anggota penunjuk perasaan melemparkan sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia.

Kenapa peristiwa memalukan ini berlaku ketika negara kita bersiap sedia menyambut kemerdekaan ke-53.

Punca tunjuk perasaan diadakan adalah untuk membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia, ekoran sebelum itu penahanan tujuh nelayan dari negara kita.

Ada dakwaan mengatakan nelayan Malaysia selalu menceroboh ruang perairan negara mereka, sedangkan hakikatnya, perairan Malaysia dicerobohi hampir setiap hari oleh rakyat Indonesia.

Tetapi isu penahanan itu sudah diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan termasuk nelayan Malaysia, dibebaskan.

Jadi, apa lagi mahu dikecohkan?

Kecuali insiden ini telah dirancang pihak tertentu. Oleh itu, pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia digesa mencari siapa dalang atau penaja demonstrasi hingga berlaku kekecohan itu.

Jika ia melibatkan negara tertentu, dedahkannya. Kalau wujud campur tangan pihak ketiga yang mahu mempolitikkan isu itu, jangan dirahsiakan namanya.

Kita sedia maklum segelintir penunjuk perasaan itu diupah. Adalah malang jika mereka itu pula diupah oleh individu dari Malaysia yang gilakan kuasa dan menjadikan Indonesia sebagai pentas untuk memburuk-burukkan imej kerajaan kita.

Kita perlu berhati-hati daripada terjerat dalam perangkap permainan licik sebegini.

Kita minta kerajaan Indonesia supaya ambil tindakan paling tegas terhadap keceluparan dan sikap kurang ajar rakyatnya yang merusuh dan membaling najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Insiden demonstrasi di hadapan kedutaan kita diharap tidak diulangi pada masa hadapan.

Walaupun maruah Malaysia dicabar, rakyat negara ini tidak mudah mengikut rentak penunjuk perasaan di Jakarta.

Perbuatan berbalas demonstrasi tidak menyelesaikan masalah sebaliknya boleh menjejaskan hubungan luar Malaysia dengan Indonesia.

Malah, jika tindakan demonstrasi diambil, ia menunjukkan rakyat Malaysia tidak matang dan emosional.

Jalan paling baik, kita tunjukkan kepada rakyat Indonesia, walau apa pun tanggapan mereka kepada Malaysia, negara ini mengamalkan sikap tolak ansur dan berbaik-baik dengan negara jiran.

P/S :

Mereka memang melampau. Kurang ajar betul. Tak tahu malu. Tak sedar diri. Dengki sebenarnya dgn Malaysia, sedangkan berjuta rakyat mereka datang mencari rezeki di sini. Yang datang secara sah, yang datang secara haram pun ramai. Datang buat masalah di sini, merompak, menyamun sana sini. Menyusahkan rakyat Malaysia. Kalau diikutkan, halau saja balik negara mereka. Tak mustahil 20-30 tahun akan datang, orang Indonesia yang dah dapat status penduduk tetap akan jadi besar kepala mcm penduduk2 bukan Bumiputera yang ada di Malaysia sekarang, minta itu ini.

Setakat kerajaan Malaysia menahan 3 rakyat mereka pun sampai sanggup buat demo yang menghina dan menjijikkan begitu, apatah lagi kalau tindakan yang lebih tegas dikenakan?
Masalahnya, Malaysia, ada berani?

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Cari siapa dalang demonstrasi cemar maruah Malaysia"

Catat Ulasan