Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 25 Ogos 2010

Kilang' lahirkan penembak negara


Antara peserta kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

ACARA kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin hanya dilihat sama seperti penganjuran acara sukan biasa yang lain, khususnya yang sering dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan di negara ini.

Namun, tidak ramai mengetahui melalui kejohanan itu telah lama jaguh-jaguh menembak negara dilahirkan.

Kejohanan yang boleh disifatkan sebagai 'kilang' itu telah berjaya melahirkan para penembak yang mampu membawa cabaran negara pada kejohanan menembak peringkat tempatan dan antarabangsa, malah ada antara mereka yang telah berjaya merempuh tembok kebal sehingga ke Sukan Olimpik.

Sebagai contoh, Nur Suriyani Mohd. Taibi yang juga merupakan penembak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam misi melayakkan diri pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Dia terlebih dahulu menggegar arena sukan menembak negara apabila muncul penembak wanita pertama yang meraih pingat perak pada Piala Dunia di Sydney, Australia Februari lalu.

Suriyani, 27, merupakan produk yang lahir daripada kilang bernama Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan Tentera Malaysia dan terbukti penembak kelahiran Pahang itu mempunyai aura tersendiri.

Menurut Pengerusi Persatuan Menembak ATM, Laksamana Muda Datuk Musa Omar, objektif utama pertandingan itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang ada dalam ATM sendiri.

"Seterusnya, bakat yang ditemui pada kejohanan itu akan diberi peluang untuk beraksi pada peringkat antarabangsa dan dari situlah kita akan mengukur keupayaan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut katanya, kesungguhan ATM menyediakan penembak berkualiti terbukti apabila mereka memenangi Kejohanan Sirkit Kebangsaan bagi dua tahun berturut-turut iaitu 2008 dan 2009.

Selain itu, dalam kejohanan menembak baru-baru ini, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuktikan membuktikan mereka mempunyai pasukan menembak terhebat pada masa kini dengan menyapu bersih semua 10 pingat emas yang ditawarkan!

Kehebatan yang ditunjukkan oleh pasukan menembak wanita TLDM ketika beraksi pada Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lapang Sasar Subang baru-baru ini.

Pertandingan yang menjadi acara tahunan itu turut menyaksikan wanita TLDM meraih empat perak dan empat gangsa dengan meninggalkan saingan terdekat mereka iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sekadar berpuas hati dengan enam perak dan satu gangsa.

Bidikan tepat ke sasaran turut dipamerkan oleh pasukan lelaki TLDM yang meraih 15 emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Baki tiga lagi emas yang ditawarkan menjadi milik Tentera Darat Malaysia (TDM) manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula sekadar membawa pulang tujuh perak dan enam gangsa.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Menembak TLDM, Komander Roslee Mohamad Isa ketika berkongsi rahsia kehebatan anak-anak buahnya berkata, kehadiran penembak kebangsaan yang mempunyai reputasi tinggi pada peringkat antarabangsa sangat membantu.

"Kami mempunyai Nur Suryani Mohd. Taibi dalam pasukan dan beberapa orang lagi seperti Haslisa Hames, Muslifah Zulkifli dan Joseline Cheah Lee Yean.

"Mereka mendapat latihan dan bimbingan yang terbaik daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan ketika pasukan sedang mempersiapkan diri untuk bertanding pada kejohanan antara perkhidmatan, mereka berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penembak TLDM yang lain," katanya.

Dominasi yang ditunjukkan oleh TLDM agak ketara malah ada beberapa kategori yang menyaksikan pasukan itu meraih emas, perak dan gangsa yang dipertandingkan seperti 10 Meter Air Rifle Wanita yang menyaksikan Shahera Rahim Raja, Muslifah dan Nur Suryani memahat nama mereka selaku pemenang.

Menurutnya, semangat berpasukan yang tinggi serta bimbingan daripada penembak kebangsaan yang ada dalam pasukan TLDM merupakan resipi kejayaan mereka.

Menurut Roslee, walaupun pertandingan menembak itu diadakan secara tahunan, ia kini lebih mencabar .

"Ini selaras dengan misi ATM yang mahu setiap anggota berkemahiran tinggi mengendalikan senjata tempur dan melakukan tembakan tepat ke sasaran apabila berlaku situasi pertempuran.

"Apabila berada di perbatasan, setiap anggota tentera harus bersedia untuk berhadapan dengan sebarang situasi yang tidak dijangka," katanya.

Menurutnya, melalui kejohanan itu, para penembak berbakat dapat dicungkil untuk mewakili negara pada pertandingan antarabangsa malah turut meningkatkan lagi kemahiran menembak anggota mereka.

"Latihan sebelum kejohanan bermula dan bagaimana mereka membawa diri pada saat pertandingan berlangsung seperti berdepan dengan tekanan sebenarnya sangat membantu dalam melaksanakan tugas harian.

"Semua elemen ini akan membentuk jati diri mereka untuk menjadi seorang anggota keselamatan yang disegani dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara pada bila-bila masa," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kilang' lahirkan penembak negara"

Catat Ulasan