Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 26 Ogos 2010

Hubungan Malaysia-Indonesia Tidak Terjejas, Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kerajaan yakin hubungan diplomatik
antara Malaysia dan Indonesia tidak terjejas meskipun berhadapan
dengan beberapa insiden, termasuk tindakan penunjuk perasaan melempar
najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin
lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata meskipun hubungan diplomatik sedia ada itu tidak
terjejas, ia tidak bermakna bahawa kerajaan boleh menutup mata atau
menarik nafas lega.

Katanya hubungan dua negara dikhuatiri lama kelamaan akan terjejas
sekiranya insiden yang boleh mencetuskan ketegangan antara dua negara
terus-menerus berlaku tanpa sebarang tindakan diambil.

"Ini kerana apa yang berlaku jelas boleh menimbulkan kemarahan rakyat
justeru insiden sebegini memerlukan penyelesaian dan kebijaksanaan dua
negara dalam menanganinya," katanya kepada pemberita semasa menghadiri
Majlis Berbuka Puasa di markas Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini hari
Rabu.

Beliau berkata hubungan kedua-dua negara tidak seharusnya dikeruhkan
lagi, malah hubungan diplomatik itu seharusnya digunakan untuk
meredakan keadaan dan ketegangan yang berlaku disebabkan
insiden-insiden sebelum ini.

Hishammuddin berkata beliau yakin kedua-dua negara mampu menangani isu
keselamatan di sempadan perairan masing-masing tanpa sebarang masalah,
hasil kerjasama sedia ada.

"Penguasaan dan kawalan di sempadan perairan sentiasa ditingkatkan....
Malaysia sendiri sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga dan
berwaspada akan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan
kesejahteraan negara," katanya.

-- BERNAMA



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Hubungan Malaysia-Indonesia Tidak Terjejas, Kata Hishammuddin"

Catat Ulasan