Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 25 Ogos 2010

Susilo: Jaga hubungan negara


PELAMPAU Indonesia berpakain nelayan menunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam. - AFP


JAKARTA 24 Ogos - Selepas beberapa insiden melampau penunjuk perasaan termasuk cuba menceroboh dan membaling najis ke dalam bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akhirnya meminta rakyatnya bertenang.

Beliau juga mengingatkan supaya hubungan baik di antara Malaysia dengan Indonesia harus dijaga.

"Kita tidak seharusnya mempunyai budaya merosakkan hubungan diplomatik setiap kali ada insiden... prinsip paling utama adalah menjaga hubungan yang baik," katanya pada mesyuarat Kabinet, semalam.

Kenyataan beliau itu dibuat setelah media massa di Indonesia yang memainkan isu berkenaan setiap hari berikutan tiga anggota penguat kuasa mereka ditangkap oleh Polis Marin Malaysia di perairan Riau awal bulan ini, ketika menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara berkenaan.

Mereka terbabit dibebaskan selepas perbincangan secara diplomatik, tetapi pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia tidak berpuas hati kerana isu itu diselesaikan secara baik.

Berikutan itu, beberapa tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia termasuk yang terbaru sekumpulan anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang bertindak membaling najis ke dalam kedutaan berkenaan yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan.

Berikutan itu juga tiga penunjuk perasaan ditangkap, tetapi kemudiannya dibebaskan tidak sampai tempoh 24 jam.

Susilo juga menjelaskan kepada rakyatnya supaya tidak salah faham di antara kepentingan hubungan yang baik dengan menjaga kedaulatan negara.

Beliau juga berkata, insiden itu berlaku kerana kedua-dua buah negara mempunyai tuntutan bertindih ke atas sempadan di perairan tersebut.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan isu persempadanan itu melalui perbincangan dengan Malaysia dan Singapura, termasuk di perairan Ambalat.

Bagaimanapun Indonesia harus menunggu keputusan Mahkamah Antarabangsa berhubungan sempadan perairan Malaysia dengan Singapura terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan, katanya. - UTUSAN


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Susilo: Jaga hubungan negara"

Catat Ulasan