Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 31 Ogos 2010

Kemerdekaan di alam Melayu

Tunku Abdul Rahman melafazkan teriakan "Merdeka!" tiga kali di Dataran Merdeka pada tarikh bersejarah 31 Ogos 1957.

Merdeka merupakan satu perkataan bahasa Melayu yang melambangkan kemerdekaan. Istilah ini digunakan semasa gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan anti-penjajah semasa penjajahan Malaya, Singapura dan Indonesia dalam sejarah Malaysia, sejarah Singapura dan sejarah Indonesia. Ia menjadi teriakan mereka yang menuntut kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah United Kingdom dan Belanda.

Malaysia

Sejarah perjuangan kearah kemerdekaan bermula sejak negeri Melaka jatuh ke tangan Portugis lagi pada tahun 1414. Ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai semangat tinggi walau pun tidak ada kelengkapan perang serta armada yang lengkap. Kelengkapan senjata para tentera Portugis amat ketara sekali berbanding dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang hanya menggunakan keris, tombak dan pedang. Ini di ikuti dengan zaman penjajahan British yang begitu tersusun corak pentadbiran nya. Pemerintahan penjajahan di tadbir oleh Pejabat Kolonial di London. Pada hari ini di Malaysia yang merupakan negara yang terbentuk hasil penggabungan Sabah dan Sarawak (Singapura disingkirkan pada tahun 1965) penggunaan istilah ini terus penting pada zaman kini. Ia boleh dilihat penggunaannya dalam cuti kebangsaan Hari Merdeka yang menyambut kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan majlis sambutan kemerdekaan pertama di Dataran Merdeka di mana bendera Malaya (kini Jalur Gemilang) dikibarkan selepas kemerdekaan diistiharkan. Disebabkan Malaya merupakan entiti utama di mana kesemua negeri lain bergabung dengan, kemerdekaan Malaya terus menjadi tarikh yang penting dalam sejarah Malaysia.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengisytiharkan kemerdekaan Malaya dengan tujuh teriakan "Merdeka"; dan teriakan ini terus menjadi kenangan ramai rakyat Malaysia kini yang memperingati jasa beliau dalam kejayaannya mendapatkan kemerdekaan bagi satu negara.

Singapura

Pungutan suara rakyat Singapura yang menuntut kemerdekaan secara langsung. Ia berjaya mendapat 167,000 tandatangan.

Rombongan Parti Tindakan Rakyat di Farrer Park pada 17 Ogos 1955.

Dalam konteks Singapura, Merdeka merujuk kepada pemerolehan pemerintahan sendirian dan kerajaan sendirian daripada United Kingdom pada dekad 1950-an pada masa imperialisme di Asia berkurangan. Ia tidak biasanya merujuk kepada kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 yang mengikuti penggabungan ia dengan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 selepas referendum kebangsaannya.

Perlembagaan Singapura dipinda pada tahun 1953 berikutan cadangan Suruhanjaya Rendel yang menciptakan Dewan Undangan Singapura berjumlah 51 kerusi, sekaligus menggantikan Majlis Perundangan Singapura. Dewan ini menjadi duluan kepada Parlimen Singapura. Pilihanraya Singapura 1955 yang merupakan pilihanrayanya yang pertama kemudian. Pilihanraya ini merupakan kali pertama pemilihan wakil majoriti oleh rakyat — dahulunya hanya enam ahli Majlis Perundangan dipilih rakyat dan yang lainnya dipilih kerajaan penjajah. Ini tidak memuaskan hati mereka yang memanggil pentadbiran penuh tempatan dalam sekurang-kurangnya hal domestik.

Seruan Merdeka merupakan satu saingan antara progressivisme dan radicalisme iaitu antara kerjasama dan permusuhan terhadap British. Barisan Pekerja pimpinan David Saul Marshall memenangi pilihanraya Singapura pada tahun 1955 secara tipis akan tetapi sifatnya sebagai seorang anti-penjajah menghalang sebarang kemungkinan kerjasama. Satu pungutan suara dimulakan pada tahun 1956 yang mengumpulkan sebanyak 167,000 — sebahagian besar pengundi pada masa itu dalam satu pungutan yang menyaran Merdeka.

Semasa Rundingan Merdeka 1956, tahun sebelum kemerdekaan Malaya, pihak British bersetuju memberi Singapura kerajaan sendirian berkenaan hal-hal tempatan, sementara British terus mengekalkan kuasa perbelanjaan dan ketenteraan. Ini memuaskan Marshall pada mulanya, tetapi tidak kemudian apabila British enggan memberi kawalan keselamatan dalam negeri kepada kerajaan tempatan. Pihak British merasakan Marshall tidak membuat tindakan yang cukup terhadap ancaman keganasan komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah memulakan Darurat Malaya. Dengan ini Marshall meletakkan jawatannya pada tahun 1956 dan sekaligus mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatannya sekiranya gagal memperoleh kemerdekaan.

Satu lagi pemimpin Barisan Pekerja, Lim Yew Hock mengambilalih sebagai Yang DiPertua Negeri Singapura dan meneruskan usaha untuk mencapai kemerdekaan. Lim kemudiannya berlaku kejam terhadap para komunis oleh sebab mahu menunjukkan bahawa pentadbirannya cenderung mengambil pendekatan tegas untuk melindungi keselamatan dalam negara. Dalam rusuhan sekolah menengah Cina 1956 lebih kurang sembilan ratus orang ditahan. Dengan memimpin satu delegasi yang termasuk banyak pemimpin Singapura daripada pelbagai parti politik, Lim telah berjaya memujuk pihak British untuk memberikan Singapura kemerdekaan dengan meminda Perlembagaannya pada tahun 1958 untuk membenarkan satu dewan perwakilan yang dipilih rakyat secara keseluruhannya yang mempunyai autonomi penuh terhadap perihal tempatan. Kerajaan ini terbentuk dengan pilihanraya Singapura 1959. Lim pula telah kalah pilihanraya ini oleh sebab tindakan kejamnya semasa pemburuan aktiviti komunis.

Indonesia

Istilah merdeka digunakan di Indonesia untuk mencerminkan kehendak mereka untuk bebas daripada kerajaan penjajah Belanda semasa perjuangan kemerdekaan pada dekad 1940-an.

Gerakan kemerdekaan Aceh dan Irian Jaya kini menggunakan istilah ini untuk melafazkan konsep kebebasan dan maksud istilah ini dari kebebasan yang lebih ke kemerdekaan penuh. Gerakan autonomi paling besar di Aceh, Gerakan Aceh Merdeka menggunakan perkataan ini dalam namanya dan juga Organisasi Papua Merdeka di Irian Jaya.

Pautan luar


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kemerdekaan di alam Melayu"

Catat Ulasan