Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 31 Ogos 2010

Pasukan Udara Tentera Darat


Helikopter A109 LOH Kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat

Pasukan Udara Tentera Darat atau PUTD adalah satu kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit Tentera Darat. Pasukan ini paling baru ditubuhkan di dalam Tentera Darat Malaysia. Pada masa ini, PUTD dilengkapkan dengan helikopter-helikopter dalam peranan perhubungan (liaison) atapun dalam peranan tinjauan di medan tempur (observation). Tentera Darat Malaysia merancang untuk melengkapkan PUTD dengan helikopter penggempur sedikit masa lagi.

Isi kandungan

Sejarah

Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 di pengkalan udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kluang, Johor. Satu Pasukan Pelaksana (Project Team) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1994 untuk menyelia perancangan dan perlaksanaan penubuhan suatu Pasukan Udara untuk Tentera Darat.

PUTD memulakan operasi penerbangan 11 Mac 1995 pada hari 881 Skuadron ditubuhkan dengan rasminya. Ketika itu 881 Skn dilengkapi dengan 10 pesawat SA316B Alouette III yang dipindahmilik daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Dengan penubuhan PUTD, sebahagian daripada pengkalan udara di Kluang telah diserahkan oleh TUDM kepada PUTD pada bulan Januari 1996. 881 Skuadron diisytiharkan beroperasi sepenuhnya pada 29 Mac 1997. Kini, keseluruhan pengkalan udara di Kluang telah diserahkan kepada PUTD. Pada mulanya seramai enam orang pegawai dari TUDM dan enam Pegawai dari Tentera Darat telah dipinjamkan sebagai Pioneer Team di tugaskan untuk membantu menubuhkan PUTD ini. Mereka itu ialah Pegawai Juruterbang: Kol Stephen Ngiau Tai Kong TUDM (Pengarah Project Team), Lt Kol Hj Ibrahim Hj Hashim TUDM, Pegawai Jurutera Udara: Mejar Mohd Asri Hamzah TUDM , Mejar Norazman Saparon TUDM dan Kapten Izaidi Musa TUDM serta Pegawai Logistik: Mejar Sarudin Chonil TUDM. Manakala Lt Kol Masood Zainal Abidin dari RAMD (bersara sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat dengan pangkat Lt Jeneral)adalah selaku Timbalan Pengarah, Mejar Azmi Ariffin dari Kor Armor, Mejar Idris Mohamad dari JLJ, Kapt Nazri dari KP, Kapt Othman Badron dari JLJ dan Kapt Adnan Mat Din dari Kor Jutra . Gabungan pegawai-pegawai yang mempunyai berbagai kepakaran ini telah membentuk PUTD yang ada pada hari ini. Malaysia sungguh terhutang budi dan amat bangga dengan sumbangan 12 orang pegawai-pegawai "PIONEER" ini. Sejarah baru telah tercatat di dalam Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat Malaysia khususnya.

Peranan dan Tanggungjawab

Peranan Pasukan Udara Tentera Darat termasuk :

  • memberi sokongan taktikal kepada formasi-formasi Tentera Darat
  • tinjauan medan tempur (light observation)
  • beroperasi sebagai sebahagian daripada satu pasukan gabungan senjata (combined arms team)
  • memberikan bantuan tembakan dari udara
    • sokongan anti kereta kebal
    • bantuan tembakan dari udara secara langsung
    • menyerang sasaran-sasaran peluang
  • memberikan pengangkutan taktikal (terhad)
  • medevac kecemasan
  • mencari dan menyelamat

Peralatan-peralatan

Helikopter-helikopter Peggempur

Tentera Darat Malaysia telah mengenalpasti keperluan helikopter penggempur untuk Pasukan Udara Tentera Darat. Beberapa jenis helikopter penggempur telah diberikan pertimbangan dan dinilai, termasuk Denel Rooivalk, Sikorsky Apache Longbow dan Eurocopter Tigre. Sehingga ini masih tiada pengumuman dibuat.

Helikopter Tinjauan (Light Observation Helicopter)

Helikopter A109 seperti yang dipesan untuk PUTD

PUTD telah menerima hantaran 11 buah helikopter AgustaWestland A109 Hirundo untuk tugas-tugas tinjauan LOH.

Pengangkutan Taktikal

Pengangkutan taktikal menggunakan helikopter masih menjadi tanggungjawab Tentera Udara DiRaja Malaysia, tetapi adalah wajar diunjurkan bahawa putd akan dilenagkapkan dengan helikopter pengangkut berat sederhana ataupun helikopetr utility jenis ringan bagi memenuhi keperluan pengangkutan taktikal dalam medan.

Unit-unit

Pasukan ketika Udara Tentera Darat kini mempunyai satu skuadron, iaitu 881 Squadron, yangs udah mencapai tahap operasi sepenuhnya. Lain-lain unit sedang dirancangkan.

881 Skuadron

881 Skuadron telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan 10 buah helikopter perhubungan jenis SA.316 Alouette III yang dipindahkan dari Tentera Udara DiRaja Malaysia bersama-sama sekumpulan pegawai juruterbang yang akhirnya diserap menjadi anggota PUTD. 881 Skuadron di bawah perintah seorang Leftenan Kolonel.

Dalam Tahun 2006, 881 Skuadron diperkuatkan dengan hantaran 11 buah helikopter A109 Hirundo LOH. 5 buah A109 dihantar dalam bulan Disember 2005 dan bakinya dihantar dalam tahun 2006. Pasukan Udara Tentera Darat menjadi pengendali pertama A109 LOH di Asia. Helikopter-helikopter ini akan diberikan persenjataan roket 70-mm dan meriam 20-mm.

Inventori

Inventori Semasa

Sudah Dipesan


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pasukan Udara Tentera Darat"

Catat Ulasan