Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 31 Ogos 2010

Perang Singapura

Pertempuran Singapura merupakan pertempuran yang berlaku di pentas Asia Tenggara dalam Perang Dunia II apabila Jepun menjajah kubu kuat Pihak Berikat di Singapura. Pertempuran di Singapura bermula dari 7 Februari 194215 Februari 1942 dan mengakibatkan kejatuhan Singapura ke tangan Jepun dan penyerahan diri terbesar anggota tentera diketuai British dalam sejarah. Sekitar tentera 80,000 India, Australia dan British menjadi tahanan perang, bergabung dengan 50,000 yang ditawan dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Jepun menyasarkan Tanah Melayu kerana sebagaimana negara lain di Asia Tenggara, ia kaya dengan sumber alam yang boleh digunakan dalam Perang China-Jepun II dengan Republik China. Singapura, yang terletak di selatan, disambung dengan Tanah Melayu melalui Tambak Johor-Singapura. Pihak Jepun melihatkannnya sebagai pelabuhan strategik yang boleh digunakan sebagai tapak pelancaran bagi menyerang kepentingan Pihak Berikat lain di kawasan tersebut, dan bagi mengukuhkan jajahan yang ditawan, dan juga sebagai cara menghapuskan sumber bantuan amal dan kewangan dari Singapura yang menyokong penentang Cina. Bantuan dari penduduk Singapura dalam pelbagai bentuk menjadi perangsang bagi Empayar Jepun untuk menyerang Singapura melalui Tanah Melayu.


Pembabitan Singapura menentang Jepun

Cina di negeri-negeri Tanah Melayu termasuklah Singapura telah juga melalui cara bantuan kewangan dan ekonomi membantu Republik China menentang Jepun, walaupun kadang kala bantuan itu berpecah kerana ia disalurkan kepada beberapa kelompok di China, kerana Perperang Saudara Cina sedang bergolak ketika itu. Sungguhpun Peristiwa Xi'an sepatutnya menyatukan kedua pihak, iaitu parti Kuomintang dan Parti Komunis China agar bersatu menentang Jepun, pertempuran antara mereka masih menjadi pekara biasa.

Usaha bantuan penentang menggunakan kempen derma dan filanthropi sebagai cara mendapatkan dana dan makanan bagi kedua-dua usaha kemanusiaan untuk membantu penduduk awam China dan juga sebagai usaha patriotik di mana dana tersebut disalurkan secara langsung bagi pertahanan ketenteraan China, samaada melalui Kuomintang atau Parti Komunis Cina. Bantuan sedemikian telah membantu melewatkan kemaraan Jepun di China. Tan Kah Kee adalah philanthropist terkenal dikalangan masyarakat Cina Singapura dan merupakan penyumbang kewangan utama dengan banyak kegiatan mengutip derma dilaksanakan menggunakan namanya. Bantuan dari penduduk Singapura kepada negeri China menyebabkan Empayar Jepun meradang.

Penjajahan Tanah Melayu

Tentera Jepun ke Dua Puluh Lima menjajah Tanah Melayu melalui Indocina Perancis melalui utara Tanah Melayu dan Thailand melalui serangan laut pada 8 Disember 1941, sejurus sebelum Serangan Pearl Harbor, yang bermaksud bagi melengahkan Amerika Syarikat dari campur tangan di Asia Tenggara. Tentera Jepun di Thailand memaksa kerajaan Thai bagi membenarkan Jepun menggunakan pengkalan Thai untuk menjajah negeri lain di Asia Tenggara dan kemudian bergerak melalui darat menyeberang sempadan Thai-Tanah Melayu untuk menyerang Tanah Melayu. Pada masa ini, pihak Jepun mulai melaksanakan pengeboman strategik ke atas sasaran seluruh Singapura, dan serangan udara dilakukan terhadap Singapura dari masa ini dan seterusnya, walaupun tembakan anti-pesawat memaksa kebanyakan pengebom Jepun menjauhi sasaran dan dari mengebom Singapura selama mereka mempunyai peluru.

Tentera Jepun ditentang di utara Tanah Melayu oleh Kor ke III dalam Tentera India dan beberapa batalion Tentera British. Walaupun Tentera ke-25 lebih kecil berbanding angkatan tentera Pihak Berikat di Tanah Melayu dan Singapura, komander Jepun menumpukan pasukan mereka. Kelebihan tentera Jepun dalam sokongan udara dekat, perisai, kordinasi, taktik dan pengalaman. Walaupun Pasukan Udara Tentera Imperial Jepun mempunyai kurang kapal terbang, kapal terbang pejuang yang lebih baik seperti Mitsubishi A6M Zero, membantu Jepun memenangi penguasaan udara. Pihak Berikat juga tidak mempunyai kereta kebal, ini meletakkan mereka dalam kedudukan yang lemah.

Kapal tempur HMS Putera Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa - Angkatan Bersenjata Z, sampai ke Tanah Melayu sebelum Jepun memulakan serangan udara mereka. Pasukan ini dianggap tidak boleh "ditenggelamkan" dan sebagai mampu menghalang Jepun. Apabila kapal terbang Jepun menengelamkan kapal utama, ini membiarkan pantai timur Tanah Melayu terdedah. Ini membenarkan Jepun bagi meneruskan pendaratan mereka.

Pasukan Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang bertahan di pantai, mengepong dan memaksa mereka menyerah. Mereka mara turun Semenanjung Tanah Melayu, mengatasi pertahanan, walaupun berhadapan dengan jumlah yang lebih ramai. Tentera Jepun turut menggunakan infantri berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas melalui hutan.

Sungguhpun lebih banyak unit Pihak Berikat, termasuk dari Divisyen ke-8 Australia, terbabit dalam kempen tersebut, pihak Jepun menghalang angkatan tentera Pihak Berikat daripada bergabung semula, menawan bandar, dan terus mara ke arah Singapura. Bandar tersebut penting bagi Pemerintah Ketumbukan Amerika-British-Belanda-Australia (ABDACOM), pemerintah pertama Pihak Berikat semasa Perang Dunia II.

Pada 31 Januari, pasukan Pihak Berikat terakhir meninggalkan Tanah Melayu dan juruteranya meletupkan tambak yang menyambungkan Johor dan Singapura. Penyeludup Jepun — sering kali menyamar sebagai penduduk awam Singapura — melintasi Selat Johor menggunakan bot tiub tidak lama kemudian.

Persediaan

Gambaran tambak yang diletupkan, dengan ruang kelihatan di tengah, melewatkan pendaratan Jepun selama seminggu sehingga 8 Februari.

Komander Pihak Berikat, Leftenan-Jeneral Arthur Percival mempunyai 85,000 orang tentera, yang menyamai (di atas kertas) lebih sedikit dari empat divisyen. Terdapat sekitar 70,000 tentera barisan hadapan dalam 38 batalion infantri — 17 India, 13 British, 6 Australia, dua Tanah Melayu/Singapura — dan 3 batalion mesingan. Divisyen Infantri ke-18 British yang baru saja tiba, di bawah Mej. Jen. Merton Beckwith-Smith, berada sepenuh kekuatan tetapi kekurangan pengalaman dan latihan; kebanyakan unit lain berada bawah kekuatan sepenuhnya disebabkan kempen tanah besar. Batalion tempatan turut kekurangan pengalaman dan dalam sesetengah kes tanpa latihan.[1]

Percival memberikan dua briged Mejar Jeneral Gordon Bennett, dari Divisyen ke-8 Australia, tanggungjawab bagi sektor barat pulau, termasuk titik pendaratan utama di barat laut pulau Singapura. Ini adalah paya bakau dan hutan, dibahagi oleh sungai dan alur. Briged ke-22 yang tidak berpengalaman diserahkan sektor seluas 16 kilometer (10 batu) di barat dan Briged ke-27 — tanpa hampir satu batalion yang hilang semasa berundur melalui Tanah Melayu — zon seluas 3,650 meter (4,000 ela) di utara. Kedudukan infantri disokong oleh Rejimen Mesingan ke-2/4 Australia yang baru tiba. Juga di bawah kawalan Bennett adalah Briged ke-44 Infantri Tentera India.

Kor III Tentera India di bawah Lt Jen. Sir Lewis Heath, termasuk Divisyen Infantri ke-11 Tentera India, (di bawah Mejar-Jeneral B. W. Key), Divisyen ke-18 Tentera British dan Briged ke-15 Infantri India, ditempatkan di sektor utara. Kubu Singapura, termasuk kawasan bandar utama di tenggara, di bawah pemerintahan Mej. Jen. Frank Keith Simmons, yang mengawal sekitar 18 batalion, termasuk Briged Pertama Infantri Tanah Melayu, Briged Pasukan Sukarelawan Negeri-negeri Selat dan Briged ke-12 Infantri India.

Daripada pengintipan udara, peninjau, penyeludup dan tanah tinggi di seberang selat, seperti Istana Sultan Johor, komander Jepun, Jeneral Tomoyuki Yamashita dan kakitangannya mendapat pengetahuan berguna mengenai kedudukan tentera Pihak Berikat. Dari 3 Februari, Pihak Berikat di bedil oleh meriam Jepun. Disebalik penentangan oleh kontigen Angkatan Tentera Udara Diraja British yang terdiri daripada 10 pejuang Brewster Buffalo, serangan udara Jepun turut meningkat menjelang lima hari berikut. Pengeboman udara dan meriam meningkat. Ini mengganggu rangkaian perhubungan antara unit Pihak Berikat dan komander mereka dan memberi kesan kepada persediaan bagi pertahanan pulau Singapura. Pihak Berikat juga tidak mempunyai pasukan pengebom yang berkesan dan jumlah meriam yang terhad.

Meriam berkaliber besar SIngapura yang terkenal — yang termasuk satu bateri tiga meriam 15-inci dan satu lagi dengan dua meriam 15-inci — hanya dibekalkan dengan sedikit bahan letupan kuat (HE), dengan kebanyakan pelurunya merupakan peluru penembus perisai (AP). Peluru AP direka bentuk untuk menembusi badan kapal perang dan tidak berkesan terhadap askar-askar infantri. Kenyataan bahawa meriam-meriam tidak dapat menembak tentera Jepun kerana ia tidak dapat menghadap utara tidak melebihi sebuah mitos. Walaupun ditempatkan untuk mempertahankan Singapura daripada kapal-kapal musuh dan bukannya untuk mempertahankan selat, kebanyakan meriam tersebut boleh berpusing ke arah utara dan sebenarnya telah dipergunakan untuk menembak penyerang. Walaupun jika meriam-meriam itu dibekalkan dengan bahan letupan kuat yang mencukupi, para penganalis ketenteraan menganggarkan bahawa penyerang Jepun masih akan menang, walaupun dengan lebih banyak pengorbanan.

Yamashita hanya mempunyai melebihi 30,000 orang askar daripada tiga buah divisyen, iaitu:

Pertempuran udara

Bomba melawan api akibat serangan udara Jepun pada 8 Februari 1942.

Pada 8 Februari sejumlah besar pertempuran udara berlangsung dikawasan Pantai Sarimbun dan bahagian barat lain. Dalam pertempuran pertama, sepuluh Hurricane dilancarkan dari lapangan terbang Kallang memintas formasi pengebom Jepun yang terdiri daripada 84 kapal terbang, yang berlepas dari Johor untuk memberikan perlindungan udara bagi pasukan penyerang mereka. Dalam dua pertempuran, Hurricanes menembak jatuh enam kapal terbang Jepun dengan kehilangan satu kapal terbang mereka sendiri — mereka kembali ke Kallang pertengahan pertempuran, mengisi minyak dan kembali bertempur.

Pertempuran udara berlansung di udara SIngapura sepanjang hari dan menjelang malam skuadron mengalami kehilangan besar, dan lapangan terbang Kallang, dibom dengan hebat oleh kapal terbang dan meriam, tidak lagi dapat digunakan sebagai pengkalan. Baki kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes dipindahkan ke Palembang, Sumatera. Ini meninggalkan ruang udara Singapura pada kawalan tentera Jepun sepenuhnya, dan tiada lagi kapal terbang pihak Berikat yang mampu mencabar mereka.

Kapal terbang pengebom Val Jepun menyerang kedudukan pihak Berikat.

Pendaratan Jepun

Memusnahkan tambak Johor melewatkan serangan Jepun selama seminggu. Pada pukul 8.30 malam 8 Februari, pasukan mesingan Australia melepaskan tembakan keatas kapal yang mengangkut gelombang pertama 4,000 tentera dari Division ke-5 dan Division ke-18 kearah Pulau SIngapura. Dengan itu, bermulakan Pertempuran Pantai Sarimbun, dalam sektor yang dikawal oleh Brigade ke-22 Australia, di bawah Brigadier Harold Taylor.

Pertempuran sengit berlansung sepanjang hari tetapi peningkatan jumlah tentera Jepun — termasuk kelebihan mereka dalam meriam, kapal terbang, dan risikan — mula memberi kesan. Di kawasan barat laut SIngapura, mereka mengambil peluang dalam bukaan dikalangan garis pertahanan pihak Berikat yang lemah seperti sungai dan muara. Menjelang tengah malam, dua brigade Australia terputus hubungan dengan sesama sendiri dan Brigade ke-22 terpaksa berundur. Pada pukul 1 am, lebih ramai tentera Jepun mendarat di barat laut pulau dan pasukan simpanan terakhir Australia digerakkan ke situ. Menjelang subuh 9 Februari unsur Brigade ke-22 ditumpaskan atau dikepong, dan 2/18th Australian Infantry Battalion telah kehilangan lebih separuh anggotanya.

Hari kedua

Percival mengekalkan kepercayaan bahawa pendaratan lanjut akan berlaku di timur laut dan tidak menambah bantuan Brigade ke-22. Menjelang 9 Februari, pendaratan Jepun beralih ke barat daya, di mana mereka bertembung dengan Brigade Induia ke-44. Unit Berikat diasak berundur ke timur. Bennett memutuskan untuk membentuk baris pertahanan kedua, dikenali sebagai "Garis Jurong", sekitar Bulim, timur Lapangan terbang Tengah dan hanya di utara Jurong.

Brigadier Duncan Maxwell's Australian 27th Brigade, ke utara, tidak berhadapan dengan serangan Jepun sehingga Pengawal Maharaja mendarat pada pukul 10pm 9 Februari. Operasi ini tidak berjalan lancar bagi pihak Jepun, yang berhadapan kemalangan jiwa yang besar akibat tembakan mesingan dan motar dari pasukan Australia, dan dari pembakaran minyak yang telah dicurah ke dalam air. Sejumlah kecil Pengawal sampai ke gigi air dan mengekalkan kedudukan yang lemah(tenuous beachhead').

Masaalah pentakbiran dan kawalan menyebabkan retak lanjut dalam baris pertahanan pihak Berikat. Maxwell menyedari bahawa Brigade ke-22 semakin tertekan, tetapi gagal menghubungi Taylor dan risaukan pengepungan. Disebalik kejayaan brigadenya dan — bertentangan dengan perintah dari Bennett — Maxwell memerintah pengunduran dari Kranji di utara tengah. Dengan itu, pihak Berikat kehilangan kawalan pantai bersebelahan dengan sebelah barat Tambak Johor.

Penembusan Jepun

Pasukan Jepun dan kereta kebal memasuki medan Pertempuran Bukit Timah.

Bukaan di Kranji menjadikannya boleh bagi unit berperisai Pengawal Maharaja untuk mendarat tanpa tentangan di Kranji. Kereta kebal dengan perkakasan apungan ditunda merentasi selat Teberau dan meju dengan pantas keselatan, sepanjang Jalan Woodlands. Ini membenarkan Yamashita untuk mengenepikan Briigade ke-22 di Garis Jurong, dan juga Division India ke-11 di pengkalan tentera laut. Bagaimanapun, Pengawal Maharaja gagal mengambil peluang untuk maju kepusat bandar Singapura itu sendiri.

Pada 11 Februari, mengetahui bahawa bekalan Jepun semakin sedikit, Yamashita memutuskan bagi menipu dan menghubungi untuk "menghentikan tentangan terdesak dan tidak bermakna ini". Pada tahap ini, kekuatan tempur Brigade ke-22 — yang menangani kebanyakan serangan Jepun — telah menurun kepada beberapa ratus anggota. Pihak Jepun telah menawan kawasan Bukit Timah selepas Pertempuran Bukit Timah, termasuk kebanyakan bekalan peluru dan bahan api pihak Berikat dan menberikan mereka kawalan bekalan air utama.

Pasukan infantri Melayu menyediakan motar sebagai persediaan bagi Pertempuran Pasir Panjang.

Pada hiri berikutnya baris pihak Berikat stabil sekitar kawasan kecil di tenggara Singapura dan mematahkan serangan bersungguh Jepun. Unit lain termasuk Brigade Infantri 1 Melayu turut serta. Satu platoon Melayu 42- anggota, diketuai oleh pegawai muda, Lt Adnan bin Saidi, menahan Jepun selama dua hari dalam Pertempuran Pasir Panjang. Unitnya mempertahankan Bukit Chandu, kawasan di mana simpanan termasuk simpanan peluru pihak Berikat terbesar. Adnan dibunuh oleh Jepun selepas unitnya dikalahkan.

Pada 13 Februari, dengan pihak Berikat masih berundur, pegawai senior menasihat Percival untuk menyerah, bagi kepentingan mengurangkan kehilangan jiwa orang awam. Percival enggan tetapi gagal mendapatkan kuasa untuk menyerah dari atasannya.

Tentera yang menyerah dari Regiment Suffolk dikawal oleh infantri Jepun bersenjata.

Pada hari yang sama, polis tentera melaksanakan hukuman bunuh keatas petualang British yang disabitkan kesalahan, Kapten Patrick Heenan, yang telah menjadi Pegawai Perhubungan Udara dengan Tentera India.[2] Heenan ditembak di Keppel Harbour disebelah selatan Singapore, dan dicampakkan kelaut. Perisikan tentera Jepun telah mengambil Heenan sebelum perang, dan dia menggunakan radio bagi membantu mereka mensasarkan lapangan terbang Berikat di utara Malaysia. Dia ditahan pada 10 Disember dan di bicara oleh mahkamah tentera pada Januari.

Pada hari berikut baki unit Berikat yang masih tinggal terus bertempur; kemalangan jiwa orang awam meningkat ketika satu juta orang bersesak dikawasan yang dipegang oleh pihak Berikat, dan pengeboman dan bedilan meriam meningkat. Pihak berkuasa awam mulai bimbang bekalan air akan terputus.

Penyembelihan Hospital Alexandra

Pada 1pm 14 Februari, tentera Jepun menghampiri Berek Hospital Alexandra. Tiada tentangan diberikan oleh mereka dalam bangunan. Bagaimanapun pihak Jepun berkeras bahawa mereka telah ditembak oleh tentera India dari hospital, dan sebagi tindak balas menikam dengan bayonet pegawai perubatan, suruhan (orderlies) malah sesetengah pesakit, termasuk seorang kopral pihak Berikat yang terbaring diatas meja bedah. Pada hari berikut, sekitar 200 kaki tangan dan pesakit, kebanyakan mereka tidak mampu berjalan, diperintahkan berkawad sehingga 400 metre ke rumah bungalow berhampiran. Sesetengah dibawa dan sesiapa yang terjatuh dipertengahan jalan akan ditikam dengan boynet. Mereka dipaksa dalam beberapa bilik kecil tertutup tanpa pangudaraan dan dikurung semalaman, kekeringan tanpa air. Sesetengah dari mereka mati akibat layanan ini. Pada hari berikut bakinya dipaksa beratur, dan ditembak.[3] Akibatnya, beberapa pegawai Jepun kemudiannya didakwa dengan jenayah perang.

Kejatuhan Singapura

Leftenan Jeneral Yamashita (duduk, tengah) menghentak meja dengan menumbuk bagi menekankan syaratnya — menyerah tanpa syarat. Leftenan Jeneral Percival duduk antar pegawainya, tangannya yang berbuku diletakkan dimulutnya (Gambar dari Muzium Perang Maharaja.)

Menjelang pagi Tahun Baru Cina, 15 Februari, pihak Jepun menembusi barisan pertahanan terakhir dan pihak Berikat kehabisan makanan dan sesetengah bakalan peluru. Meriam anti-pesawat juga kehabisan peluru dan tidak mampu mematahkan serangan udara Jepun lanjut yang mengancam menyebabkan kehilangan jiwa yang besar dikalangan orang awam di pusat bandar. Selepas mesyuarat dengan komander unitnya, Percival menghubungi pihak Jepun dan menyerah kalah secara rasmi pasukan Berikat kepada Yamashita di Kilang Kereta Ford, sejurus selepas 5.15pm.

Bennett, bersama sebahagian pagawai bawahannya, menyebabkan kontrovesi apabila dia menyerahkan pemerintahan Division ke-8 kepada brigadier dan merampas bot kecil.[4] Mereka akhirnya selamat kembali ke Australia. Penjajahan Jepun di Singapura telah bermula. Bandar ini dinamakan semula sebagai Syonan-to (bahasa Jepun: 昭南島 Shōnan-tō, secara harafiah Cahaya Pulau Selatan). Pihak Jepun membalas dendam terhadap kaum Cina dan cuba menghapuskan sesiapa yang mempunyai semangat anti-Jepun.

Penjajahan Jepun di Singapura telah bermula. Bandar ini dinamakan semula sebagai Syonan-to (bahasa Jepun: 昭南島 Shōnan-tō, secara harafiah Cahaya Pulau Selatan). Pihak Jepun membalas dendam terhadap kaum Cina dan cuba menghapuskan sesiapa yang mempunyai semangat anti-Jepun. Disebabkan Perang Sino-Jepun Kedua, pihak berkuasa Maharaja mensyaki kaum Cina. Ramai yang dibunuh dalam apa yang dikenali sebagai penyembelihan Sook Ching. Kaum lain di Singapore, seperti orang melayu, dan India tidak terkecuali. Peduduk mengalami kesulitan teruk semasa pemerintahan Jepun sepanjang tiga setengah tahun berikut.


Pasukan Jepun yang menang berbaris melalui pusat bandar (Gambar dari Muzium Perang Maharaja)

Kebanyakan tentera Berikat yang ditawan kekal di Singapura, di Penjara Changi. Beribu yang lain pula dihantar menggunakan penggangkut tawanan yang dikenali sebagai "Kapal Neraka" kebahagian Asia lain, termasuk Jepun, untuk digunakan sebagai buruh paksa dalam projek seperti Landasan Siam-Burma dan lapangan terbang Sandakan di Borneo Utara — menyebabkan ramai yang mati.

Rujukan

  1. "Kempen Tanah Melayu 1941". http://orbat.com/site/history/historical/malaysia/malayan1941.html. Retrieved 7 Disember 2005.
  2. Peter Elphick, 2001, "Cover-ups and the Singapore Traitor Affair" Access date: March 5, 2007.
  3. "Alexandra Massacre". http://www.nesa.org.uk/html/alexandra_massacre.htm. Retrieved 2005.
  4. Lieutenant General Henry Gordon Bennett, CB, CMG, DSO rencana Peringatan Perang Australia
  • Dixon, Norman F, On the Psychology of Military Incompetence, London, 1976
  • Bose, Romen, "SECRETS OF THE BATTLEBOX: The History and Role of Britain's Command HQ during the Malayan Campaign", Marshall Cavendish, Singapore 2005
  • Bose, Romen, "KRANJI:The Commonwealth War Cemetery and the Politics of the Dead", Marshall Cavendish, Singapore, 2006
  • Kinvig, Clifford, Scapegoat: General Percival of Singapore, London, 1996, ISBN 0-241-10583-8
  • John George Smyth, Percival and the Tragedy of Singapore, MacDonald and Company, 1971, ASIN B0006CDC1Q
  • Peter Thompson, The Battle for Singapore, London, 2005, ISBN 0-7499-5068-4HB
  • Seki, Eiji (2007). Sinking of the SS Automedon And the Role of the Japanese Navy: A New Interpretation, University of Hawaii Press. ISBN 1-905246-28-5.
  • Smith, Colin, Singapore Burning: Heroism and Surrender in World War II Penguin books 2005, ISBN 0-670-91341-3

Pautan luar


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Perang Singapura"

Catat Ulasan